Bila dia kata aku rindu kamu, aku kata rindu perlu antara sahabat kerana rindu akan memastikan kamu sentiasa ingat pada aku.
Bila dia kata aku sayang kamu, aku kata sepertimana aku menyayangi persahabatan kita perasaan sayang itu memang akan sentiasa kita rasai di kalangan sahabat-sahabat sejati.
Bila dia kata aku cinta kamu, aku kata cinta itu terlalu meluas maksudnya. Selamilah dahulu makna cinta yang sebenarnya sebelum kita bercakap lebih lanjut lagi akan perkataan ini.
Kemudian dia tidak pernah mengatakan apa-apa lagi pada aku. Dia masih sering aku temui, masih menjadi sahabat aku yang paling sejati, masih lagi berseri wajahnya dengan senyuman dan tawa.
Tetapi pada suatu hari dia hulurkan sepucuk nota kepada aku dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Sehingga kini aku tidak pernah melihatnya lagi.
“Aku tahu kau mencintai aku tetapi kenapa kau tidak buktikannya dengan mendekati aku lebih mesra lagi? Kenapa semakin kau mencintai aku semakin kau menjauhkan diri daripada aku? Kerana mencintai aku dan setiap masa yang ada dia pasti akan cuba mendekati aku, cuba untuk bersama dengan aku di mana saja aku berada. Tapi kau, semakin aku cuba mendekati diri mu semakin jauh kau tinggalkan aku. Kenapa? Aku sudah letih dari terus cuba untuk mengenali dan memahami dirimu. Mungkin memang kau ditakdirkan bukan untuk aku.”
Begitulah kata-kata akhir dari dia dan aku telah kehilangan sesuatu yang begitu aku inginkan sebenarnya. Aku sendiri tidak memahami kenapa aku bertindak sedemikian tapi apa yang aku tahu bila aku menjauh maksudnya aku cinta.
No comments:
Post a Comment