Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita,
ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan
memahami hati dan perasaan
kawan,
kerana dia juga seorang
manusia.
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan
dan dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah
yang kita sangkakan.
Disabalik senyumannya itu,
mungkin ada cerita sedih
yang ingin diluahkan.
Disebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu
kekalutan.
Kita tidak tahu,
tetapi jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
i like!
ReplyDeletesyg la..
lps ni kalau da pape cte kt aq ye..
kita kn KAWAN...=)